Thursday, 13 November 2008

Penarafan Sijil Kepimpinan Rekreasi Luar

Saya baru selesai mengikuti kursus Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 2 anjuran Jabatan Belia Selangor untuk Zon Tengah 2008. Alhamdulillah kursus ini amat bermanfaat. Saya mendapat makluman ini dari super-senior kita yang kini mengajar di UiTM iaitu Encik Hisyam Che Mat. 

Saya ada berbincang dengan pegawai Jabatan Belia yang menguruskan hal ini dan bercadang untuk menganjurkan sendiri kursus Tahap 1 untuk kita di UPM. Beliau mencadangkan kepada saya untuk mencontohi UiTM di mana semua pelajar rekreasi di sana bergraduat dengan sijil Kepimpinan Rekreasi Luar Tahap 1, 2 dan 3 melalui program tersusun mengikut silibus. Ya, sudah tentu program kita sangat mirip dengan UiTM dan kita mampu melaksanakannya. 


Jika kita berminat, kita boleh menjadikan program Perkhemahan Asas FHR3616 sebagai Kursus Tahap 1 atau menjadikan Kursus Tahap 1 sebagai program rasmi K3. 


Saya percaya hal yang baik ini dibawa ke peringkat perbincangan yang serius oleh pensyarah kita dan saya menawarkan diri untuk membantu. 


Kepada kalian yang berminat untuk mengambil Tahap 1 sebelum terus ke Tahap 2 dan Tahap 3, sediakan peserta antara 30-40 orang dan saya boleh bawa kertas kerja cadangan ke Jabatan Belia. Kita ada pilihan, jika nak menunggu peruntukan Jabatan Belia, ia akan mengambil masa kerana peruntukan terhad untuk pelbagai program. Pilihan lain ialah mengeluarkan belanja sendiri bagi menguruskannya. Atau mungkin kita boleh usulkan perkongsian perbelanjaan. 


* Bila tulisan ini memasukkan perkataan amat bermanfaat, ia tidaklah sampai menutup bahawa ruang untuk pembaikan itu cukup luas sebagaimana diungkap oleh Benjamin Franklin bahawa ruang yang paling luas di dunia ialah ruang untuk penambahbaikan.

Tuesday, 16 September 2008


Belajar Kayak 1



Siri belajar kayak secara online akan dimuatkan. Jika anda ada video-video tempatan yang menarik untuk dimuatkan (berkaitan rekreasi luar sahaja!) sila maklumkan kepada kami.

Kayak Rolling




Push To The Limits
- Provos

Friday, 28 March 2008


Siri 1 : Penyelidikan Dalam Bidang Rekreasi Luar

Pengenalan
Rekreasi luar bukanlah disiplin konvensional dalam bidang akademik - dalam erti kata bukan cabang asas seperti Biologi, Matematik dan Sosiologi. Bidang ini lebih merupakan bidang aplikasi (applied field) yang fokus kepada isu dan masalah yang menarik segmen yang luas dalam masyarakat.

Walaupun penyelidikan dalam bidang rekreasi luar boleh dilihat lebih dari 50 tahun yang lampau (Meinecke 1928; Bates 1935), tumpuan penyelidikan dalam bidang ini hanya aktif selepas Perang Dunia ke-2 (Lundberg et al 1934). Ini berkadar langsung dengan perkembangan ekonomi, pengangkutan, masa senggang dan perkembangan sosial lain yang membantu peningkatan penggunaan kawasan rekreasi.

Difahamkan bahawa permulaan penyelidikan yang serius dalam bidang sains sosial berkaitan rekreasi luar berlaku dengan adanya laporan Outdoor Recreation Resource Review Commision(ORRRC). ORRRC dibentuk di bawah Jawatankuasa Khas Presiden pada 1958 di Amerika untuk membantu kerajaan Amerika pada masa itu dengan laporan Outdoor Recreation in America pada 1962 meliputi 29 kajian khas.

Penyelidikan awal dalam bidang ini kemudiannya banyak bertumpu kepada kajian biologikal dan ekologikal kerana banyak pengurus rekreasi luar telah dilatih secara professional dalam disiplin biologi (Lime 1972a, Hendee and Stankey 1973). Perkembangan kepada segmen lain bermula rancak selepas tahun 60-an (mungkin didorong oleh karya yang menggegar Dunia oleh Racheal Carson - Silent Spring 1962) contohnya Sosiologi (Catton 1971, Hendee 1971), Ekonomi (Clawson and Knetsch 1963), Psikologi (Driver 1972), Geografi (Mitchell 1969) dan pendekatan multi disiplin oleh Lucas (1966).

Dalam bidang sosial sains, kajian awal lebih bersifat deskriptif yang berfokus kepada karakteristik pengguna. Meyersohn (1969) mengkritik laporan ORRRC sebagai terlalu umum serta kurang asas teori dan konsep. Walau bagaimanapun, fenomena ini dikatakan biasa bagi semua bidang yang baru mula berkembang. Selepas itu, penyelidikan yang lebih banyak dan lebih dalam mula digiatkan sehingga kini.

Sebagai penggiat dalam bidang ini, sama ada mahasiswa atau pensyarah, bahkan sesiapa juga yang berminat, bidang ini di Malaysia masih mempunyai perspektif yang luas untuk dikembangkan dan diberi fokus. Dalam realiti Malaysia menuju sebuah negara kelas pertama, sudah tentu masa depan Malaysia akan berdepan dengan tuntutan-tuntutan serupa berkait langsung dan tidak langsung dalam bidang ini.

Berilah perhatian, tingkatkan komitmen dan daya juang untuk kekal menyumbang melalui rekreasi luar di Malaysia.

Disediakan oleh :

Noor Amin bin Ahmad GS 18139
Master Sains (Pengurusan Taman dan Rekreasi)
myreccers(at)yahoo(dot)com

* Terjemahan bebas dengan penambahan dan pengurangan tertentu berdasarkan pembacaan bukuStudies in Outdoor Recreation. Sebarang maklum balas berbentuk kritikan, pembetulan boleh disampaikan di ruang komen.